Uncategorized

Pesawat AirAsia Tergelincir – Penumpang Cemas

Sebuah pesawat AirAsia jenis Airbus A320 tergelincir di landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan pada jam 10.25 malam Selasa ketika sebelum berlepas.

Kejadian berlaku ketika pesawat AK6443 dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur itu membuat pusingan ‘u’ di hujung landasan.

Seorang penumpang, Ghani Mohamad,62, berkata, dia dikejutkan dengan gegaran cukup kuat ketika pesawat berkenaan sedang membuat pusingan U di landasan tersebut untuk berlepas ke Kuala Lumpur.

AirAsia dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan, kesemua penumpang dan anak kapal di atas pesawat selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Menurut kenyataan itu lagi, pesawat AK6446 yang dijadualkan tiba di dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu telah dibatalkan.

whatsapp_image_2016-11-02_at_1-05-33_am-transformed_0

Tayar pesawat bahagian depan dan belakang sebelah kiri yang tergelincir ketika dalam perjalanan dari LTSIP ke KLIA2. – Foto Sinar Harian

41478019847_freesize

Sumber : astroAWANI

Komentar

To Top