Hiburan

Premier Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng – Menonton Sambil Beramal – BeetMal

Kempen anjuran BeetMal ini memberi peluang kepada orang ramai menonton tayangan premier filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng sambil beramal.

BeetMal merupakan platform  “crowdfunding” untuk mereka yang ingin merialisasikan idea, badan bukan kerajaan dan organisasi amal, pengumpul dana secara digital.
BeetMal Sdn Bhd bertujuan untuk menyediakan platform digital, membina ekosistem dan membentuk trend dan metodologi semasa menyokong pergerakan pembahagian kekayaan, pendidikan percuma, akses kepada penjagaan kesihatan melalui program amal dan berdasarkan “crowdfunding”, waqaf dan waqaf korporat.

Kempen “Menonton Sambil Beramal” ini merupakan kempen pertama BeetMal bagi mengumpul dana untuk program ZuriatCare yang merupakan inisiatif Awqaf Holdings Berhad untuk membendung gejala  buang bayi.

Orang ramai boleh membuat tempahan tiket tayangan di BeetMal dengan harga RM 100 setiap tiket untuk dewasa manakala untuk kanak- kanak 5 tahun kebawah adalah percuma. Hasil jualan tiket akan disalurkan kepada tabung ZuriatCARE

Maklumat tayanagan :
Tempat : MMCineplexes, Ecurve Mutiara Damansara
Tarikh : 12 November 2016
Masa : 2:00 p.m.

 

 

Komentar

To Top