Hiburan

Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng – Lebih Canggih dengan Animasi Realistik CGI

upin ipin jeng jeng jeng mdec finas kru media prima

KUALA LUMPUR, 1 Jun 2016 – Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng akan pertama sekali di Malaysia untuk memperkenalkan Animasi Realistik CGI (Live Action 3D) di pawagam. Menurut Tn Hj Burhanuddin Md. Radzi di dalam pelancaran dengan sesi media di Hotel Aloft, Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. akan bekerjasama dengan KRU Studio dan Primewoods (Media Prima). Dengan sokongan dari Finas dan MDec, ini adalah kerjasama diantara industri animasi dan perfileman tempatan terbesar di Malaysia.

Filem ini merupakan filem animasi pertama arahan pengarah terkenal Erma Fatima yang bergandingan bersama Hajjah Ainon Ariff.

Semua aksi video sudah pun dirakamkan dan adalah dalam process pengubahsuaian(editing). Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng dirancangkan keluar untuk khalayak umum pada November 2016. Kos pembikinan filem ini adalah sebanyak 4 Juta ringgit.

Preview Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng di Youtube amat memberangsangkan dengan mendapat lebih 2 juta penonton. Saksikan preview dibawah dan komentari dalam sesi pelancaran Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng.

Pelancaran Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng diadakan bersamaan dengan Acara Antarabangsa Kre8tif 2016.

 

 

 

 

 

 

Komentar

To Top