Utama

Melaka Kini Lebih Hijau – Pasaraya Diwajibkan Menyediakan Beg Kertas Kepada Pengunjung

Melaka bakal mewajibkan penggunaan beg kertas di setiap pasaraya di Melaka, tanpa sebarang cas tambahan. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron memaklumkan langkah tersebut bagi memberi alternatif kepada pengharaman beg plastik yang diumumkan sebelum ini. Beliau turut memberi tempoh selama 2 bulan bagi semua pasaraya untuk mengambil langkah-langkah sepatutnya sebelum ianya dilaksanakan.

Sejak 1 Januari lalu, pengharamkan penggunaan beg plastik telah dikuatkuasakan secara menyeluruh di setiap pasaraya di Melaka. Bukan itu sahaja, kedai-kedai menjual makanan turut dilarang menggunakan bekas ‘polystyrene’ untuk membungkus makanan. Sekiranya gagal mematuhi mana-mana peraturan tersebut, pengusaha boleh dikenakan tindakan.

Peraturan yang diwartakan secara ‘paksa-rela’ itu menjadikan negeri yang berstatus negeri maju sejak 2010 itu antara negeri yang paling mengambil berat akan kesejahteraan alam sekitar.

Komentar

To Top