Utama

Planet Asing Dalam Sistem Solar Dijumpai

Planet yang baru dan asing tidak pernah dijumpai sebelum ini didakwa dijumpai oleh sekumpulan ahli astronomi dari Amerika Syarikat.

Planet yang tidak bernama ini mempunyai saiz 10 kali lebih besar dari Bumi malah dikatakan mempunyai orbit pusingan 20 kali lebih besar daripada mana-mana planet di dalam sistem suria.

Planet ini dikatakan mengambil masa 10,000 sehingga 20,000 tahun untuk menghabiskan satu pusingan penuh orbit mengelilingi  matahari. Penemuan ini menjadikan planet ini diposisikan sebagai planet yang ke sembilan (tidak termasuk planet Pluto).

[Gambar dari Nasa]

Baca: Pluto Bukan Lagi Planet

Komentar

To Top