Politik

Analisa Politik Kedah: Mukhriz Akan Dipecat ?

Terbaru 14 ketua bahagian Umno Kedah, kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir atas sebab kegagalan untuk urus tadbir negeri.

Adakah ini taktik Najib untuk memecat Mukhriz ?

Tun Mahathir masih terus berusaha untuk menjatuhkan Najib dan kali ini mungkin Najib ingin mengenepikan pengaruh Dr Mahathir dan mengukuhkan kedudukan beliau di Kedah.

Salah satu komentari mengatakan Datuk Seri Mukhriz gagal melaksanakan manifesto negeri. Ini juga ditambah teruk dengan kekurangan penglibatan beliau dengan orang-orang kuat UMNO di Kedah. Pengisytiharan ini adalah untuk mengembalikan kuasa kepada orang-orang kuat UMNO yang menyokong kepimpinan Najib.

Ada juga komentari yang mengatakan siapa naik cepat turun cepat. Mukhriz yang popularitinya naik ke peringkat tinggi UMNO dengan express kerana anak bekas Perdana Menteri, tidak mustahil dia akan turun dengan express.

Pakcik Mat, seorang pemandu teksi Langkawi yang sudah dalam lingkungan umur masyarakat warga emas sudahpun berputus asa  dengan kerajaan Najib. Mengikut beliau sudah lama dia memberi sokongan kepada UMNO tetapi Najib dan “kerbau” yang dipanggilnya sudah hilang kepercayaan warga Langkawi. Hidup beliau seumpama “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Dengan harga barangan semakin meningkat, GST, beliau inginkan Najib ditumpaskan. Bukan tidak sayangkan UMNO, tetapi hilang kepercayaan pimpinan tertinggi. Tetapi beliau masih berpegang teguh dengan jasa usaha Dr Mahathir yang membangunkan Langkawi dan Negara.

Kami akan memerhati bagaimana permainan politik UMNO di Kedah. Diperhatikan, Najib sememangnya boleh menjatuhkan Mukhriz, adakah beliau mahu melangkah sekarang untuk memecat Mukhriz ?

 

 

 

Komentar

To Top