Sukan

Ong Kim Swee Dilantik Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baru dengan tempoh kontrak 2 tahun. Datuk Abdul Mokhtar Ahmad selaku Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan secara rasmi pelantikan itu.

Beliau berkata Pasukan Petugas Khas diberi kepercayaan membuat pemilihan ketua jurulatih yang melibatkan Ong Kim Swee, Bojan Hodak dan Robert Alberts.

Tambah beliau lagi, ahli panel yang terlibat dalam pemilihan itu adalah dari Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Persatuan Jurulatih dan beberapa anggota lain.

Ong Kim Swee pernah menjadi jurulatih skuad Harimau Muda A dari 2009-2014, jurulatih skuad Bawah 23 Tahun kebangsaan pada 2011-2015 dan merupakan jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, selepas Dollah Salleh melepaskan jawatannya pada tahun lepas.

Komentar

To Top