[Gambar] Iron Man Wujud Di Indonesia

Anda pasti pernah menonton filem IronMan, filem ini menampilkan seorang superhero yang membuat baju robot untuk melawan watak jahat. Baju yang diperbuat daripada besi itu mampu menerbangkan Tony Stark dengan tujahan api di tangannya.

Di Indonesia juga ada IronMan, cuma robot itu tidak digunakan untuk terbang atau menembak orang. Encik Sutawan, 31, yang lumpuh tangan kirinya telah mencipta robot khas untuk membantu kerja sehariannya.

Dengan hanya berbekalkan kelulusan kejuruteraan mesin tahap sekolah menengah, dia mampu mencipta robot tangan yang mampu dikawal oleh otaknya. Dia hanya perlu fokus untuk menggerakkan tangan robot tersebut.

ironman

ironman2