Rozita Che Wan Hadiahkan Nissan GT-R Untuk Siapa?

Rozita Che Wan ataupun lebih dikenali denga panggilan Che Ta mengakui akan menghadiahkan anaknya kereta mewah sekiranya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Aniq Ezzra, 18, merupakan anak kedua Che Ta kini sedang menunggu keputusan SPM. Sebelum ini, Che Ta menghadiahkan anak sulungnya kereta jenis BMW selepas berjaya mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM.

“Aniq mahu dibelikan kereta Nissan GT-R. Jadi, saya cakap boleh jika dapat 9A1 dalam SPM. Insya Allah, saya yakin dia mampu memperoleh keputusan begitu memandangkan keputusan percubaan SPM lalu mencapai sasaran,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau juga menjelaskan bahawa beliau memberi elaun bulanan kepada anak-anaknya.

2