Hiburan

Stadium Sultan Muhammad IV bakal menjadi ‘Old Trafford’

Reka bentuk dalaman Stadium Old Trafford milik pasukan bola sepak Manchester United akan memberi suntikan idea baru terhadap Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

Hal itu didedahkan oleh pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang akan mengunjungi United Kingdom pada bulan depan untuk melihat sendiri reka bentuk stadium itu.

“Insya-Allah saya akan ke Manchester pada 25 Februari depan. Semua ini dilakukan demi memperincikan sentuhan terakhir pada wajah baharu Stadium Sultan Muhammad IV yang diharap akan menjadi mercu tanda Kelantan.

“Konsep stadium ini adalah ilham daripada pasukan Manchester United. Mereka berjaya bukan sahaja kerana kekuatan pasukannya tetapi punyai penyokong yang ramai,” katanya memetik mStar.

Bukan itu sahaja, Datuk Vida ini juga mahu mewujudkan ruangan khas penjualan koleksi The Red Warriors (TRW) di samping produk kesihatan dan kecantikan daripada syarikatnya.

Beliau juga memaklumkan draf lakaran awal stadium itu akan diserahkan pada Jumaat ini ketika majlis menandatangani perjanjian penaja antara syarikatnya dan KAFA.

Sentuhan terakhir akan diserahkan sekembalinya beliau dari lawatan ke United Kingdom kelak.

Komentar

To Top