Hiburan

Siapakah Sebenarnya “Rashid”

Sejak kebelakangan ini sudah pasti ramai di antara kita yang ‘timeline’ Facebooknya dipenuhi dengan kartun-kartun yang bernama Rashid.

Sejak kebelakangan ini, Rashid telah berjaya memenuhi ruang-ruang ‘timeline’ Facebook rakyat Malaysia.

Siapakah sebenarnya Rashid. Mengapa tiba-tiba dia menjadi sebutan dan viral di laman sosial negara kita?

Yang pasti, munculnya watak kartun yang bernama Rashid melalui Facebook Jadilah Seperti Rashid ini sebenarnya membawa nasihat dan sindirin yang mempunyai mesej yang tersendiri.

Konsep laman ini sama seperti laman Be Like Bill, yang mewujudkan watak kartun Bill. Apa yang menarik, watak Rashid ini diwujudkan bersesuaian dengan apa yang berlaku di Malaysia.

Namun, masih menjadi persoalan siapakah Rashid yang dimaksudkan?

Ini antara yang dikatakan di page tersebut. “Ramai yang tertanya-tanya, kenapa pilih nama Rashid? Okay, Rashid atau Murshid adalah perkataan dari bahasa Arab yang bermaksud penunjuk jalan.”

“Kami perasan banyak sangat orang kita hari ni melakukan aktiviti harian dengan cara yang salah. Kami akan cuba betulkan melalui mesej yang disampaikan dalam bentuk gambar ringkas.”

“Ya kami sebagai Muslim tahu contoh terbaik adalah Rasulullah, tapi selagi apa yang Rashid buat tidak bertentangan dengan ajaran Rasulullah, apa salahnya?”

“Kami akan terus post dan post walaupun korang semua jemu.”

Jom layan Rashid dengan nasihat-nasihatnya yang tersendiri. [KLIK GAMBAR]


Komentar

To Top