Penajaan Dengan Selangor Belum Diputuskan, D’Herbs Kini Membuat Pertemuan Dengan Pahang FA

Selepas pertemuan dengan Selangor, kini Datuk Aliff Syukri Kamarzaman bakal bersua muka dengan Kelab ‘Tok Gajah’ bagi membincangkan berkenaan proses penajaan.

Menurut beliau, pertemuan dengan Selangor FA sebelum ini hanyalah pertemuan awal, dan masih tiada kata putus dikeluarkan.

[BACA] D’Herbs Bakal Taja Selangor FA

“Banyak lagi tawaran daripada negeri lain dan saya perlu membuat pilihan terbaik,” jelas beliau kepada wartawan Berita Harian.

Kelantan yang sudah memeterai perjanjian dengan Syarikat kosmetik, Vida Beauty, juga dikatakan pernah menyatakan hasrat untuk mendapatkan tajaan dari D’Herbs.

“Buat masa ini saya boleh katakan tiada apa-apa syarat kerana saya tak nak merumitkan keadaan. Cuma pasukan yang ditaja nanti akan menjadi duta kepada produk saya dan harus menggunakan produk saya,” tambah beliau.

Keputusan penajaan akan diumumkan hujung bulan ini.