Agama

‘Breast Feeding’ Di Tempat Awam Dibenarkan Dalam Islam

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Asmak Husin menjelaskan bahawa penyusuan anak di tempat awam tidak pernah dilarang dalam Islam, selagi ia tidak mendedahkan aurat.

Dalam mengulas isu viral seorang ibu memuat naik foto beliau menyusukan anak, beliau menjelaskan, “Si ibu harus mencari lokasi yang sesuai untuk menyusukan anak ketika berada di tempat awam. Manakala lelaki pula haruslah jaga pandangan mereka.”

“Jangan membuka jalan kepada perkara yang boleh mendatangkan syahwat, sebab itu agama Islam meletakan satu lagi syarat mengenai aurat kepada kaum wanita untuk melabuhkan tudung,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengingatkan semua pihak terutama wanita supaya menggunakan media sosial dengan sebaiknya tanpa mendatangkan mudarat.

Komentar

To Top