Sukan

Messi Dinobat Pemenang Anugerah Ballon d’Or 2015

Tonggak utama Barcelona, Lionel Messi telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Ballon d’Or 2015, menewaskan rakan sepasukan Neymar dan Penyerang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Pemain dari Argentina itu kini sudah merangkul anugerah paling berprestij bagi arena bola sepak dunia sebanyak 5 kali.

“Ini adalah saat yang amat istimewa bagi saya,” ujar Messi ketika beliau merangkul anugerah itu. “Ia sangat luar biasa bahawa ini trofi kelima saya. Ia lebih daripada apa yang saya mimpikan semasa saya masih kecil.”

Gergasi Catalan itu telah memenangi Liga Juara-Juara UEFA, La Liga, Copa del Rey, UEFA Super Cup dan Piala Dunia Kelab, dengan Messi menjadi tongak dalam kelima-lima kejuaraan itu.

 

 

Komentar

To Top