Utama

Akibat Cemburu, Teman Lelaki Diserang Janda Berusia 19 Tahun

Polis Trafik berpangkat Koperal ditikam dengan kerambit oleh teman wanitanya menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di belakang kepala, bahu dan lengan kanan serta luka di perut. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 pagi dilaporkan sendiri oleh suspek yang juga merupakan seorang janda.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mereka berkenalan pada Februari 2015 dan menjalin hubungan cinta sebelum terputus pada Mei lalu. Dua minggu lepas, suspek kembali menghubungi mangsa untuk menjalin semula hubungan dan menyatakan tidak tahan tinggal di rumahnya kerana sering bergaduh dengan keluarga.

“Lelaki berkenaan lalu membawa suspek tinggal serumah bersamanya.

“Namun perselisihan faham berlaku setelah suspek ternampak gambar bekas isteri mangsa serta mesej antara mereka berdua dalam telefon bimbit anggota polis tersebut sehingga mendorongnya berbuat demikian,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Apa yang menarik, mangsa yang merupakan anggota pasukan polis menjalinkan hubungan tanpa ikatan yang sah dengan janda berusia 19 tahun itu.

Wanita berkenaan kini ditahan reman sehingga 17 Januari ini.

Suspek

Komentar

To Top