Ekonomi

Rakyat China Beratur Selama 3 Jam Dapatkan Kalendar RM2.70

Rakyat China di Beijing, semalam, berbaris selama 3 jam untuk mendapatkan Kalendar dinding Tahun Monyet yang berharga tidak sampai 20 Yuan. Tatkala index pencemaran udara berada di tahap merah dan cuaca di bawah 5 darjah Celcius, penduduk di sini sudah beratur panjang untuk mendapatkannya seawal jam 7 pagi.

NetEase melaporkan, seorang peniaga dari bandar Liocheng membuka gerai untuk mempromosikan syarikatnya di sebuah plaza di tengah bandar. Sebagai inisiatif menarik pelanggan, mereka menawarkan kalendar secara percuma.

Ia merupakan perkara lazim di China berkenaan sambutan luar biasa terhadap barangan percuma.

Komentar

To Top