Utama

Penjual Pau Ini Menggunakan Kereta Mewah Untuk Penghantaran

Kebiasaannya kita selalu melihat servis perghantaran makanan menggunakan motosikal. Mungkin penghantaran menggunakan motosikal terlalu ‘mainstream‘ di China, lelaki ini menggunakan kereta mewah untuk melakukan penghantaran pau yang dijual olehnya.

Peniaga tersebut menghantar 100 pau kepada pelanggannya dengan menggunakan Lamborghini. Yang menariknya, penghantaran pau tersebut dilakukan secara percuma. Kata peniaga tersebut, cara tersebut merupakan salah satu langkah untuk beliau menarik minat pelanggannya.

Peniaga yang baru memulakan perniagaan pau beberapa minggu yang lalu itu berkata, beliau belajar cara mengurus peniagaan menerusi bisnes bar yang dikelolakan olehnya. Beliau optimis permintaan pau beliau akan meningkat dengan servis penghantaran menggunakan kereta mewah tersebut. – Metro

Komentar

To Top