Hiburan

Datuk Seri Vida Kini Menerbitkan Filem

Jutawan kosmetik yang sebelum ini hangat dengan pengeluaran produk Pamoga dan Qu Puteh, kini bakal menerbitkan filem sulungnya hujung tahun ini. Datuk Seri Vida menerusi Datuk Seri Vida Production, bakal menghasilkan filem bertajuk “Cikgu Online”. Lebih menarik, beliau yakin filem sulungnya itu dapat menyaingi kutipan ‘Box-Office’ filem Polis Evo yang berjumlah RM17.5 juta.

“Saya yakin Cikgu Online boleh dapat kutipan lebih daripada Polis Evo,” katanya. Sebelum itu beliau memberitahu berkenaan penglibatan secara langsung dalam filem Zombi Kilang Biskut sebagai penaja. Filem yang ditayangkan pada 2014 itu bagaimanapun hanya meraih kutipan sebanyak RM1.1 juta.

Tambahnya lagi, filem itu turut menampilkan beliau sendiri bersama produk-produk kosmetik dan kesihatannya.

Komentar

To Top