Utama

Lelaki Diikat Di Pokok Selepas Mencuri Coli

Lelaki berusia 20-an ditangkap penduduk Kampung Sungai Muda, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, di sini petang semalam sebelum diikat di pokok selepas mencuri coli dan seluar dalam wanita.

Lelaki terbabit ditahan kira-kira jam 1 tengah hari semalam ketika leka mencuri coli dan seluar dalam wanita di beberapa rumah penduduk.

Penduduk, Ahmad Kamil Muhamad, 40, berkata, kejadian itu disedari beberapa isteri nelayan yang curiga selepas melihat suspek masuk ke dalam rumah penduduk sebelum melihat dia keluar membawa coli dan seluar dalam wanita.

Menurutnya, mereka kemudian memaklumkan kepada penduduk sebelum lelaki itu ditangkap.

“Ketika ditahan, penduduk terkejut apabila menemui sejumlah coli dan seluar milik penduduk di dalam baldi yang dibawa oleh lelaki itu.

“Lelaki yang berasal dari Semeling itu kemudian diikat pada sebatang pokok sebelum ditahan polis yang tiba tidak lama kemudian.

“Bagaimanapun, penduduk tidak membuat sebarang laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” katanya.

Gambar lelaki itu yang diikat di pokok menjadi viral selepas tersebar di media sosial sejak semalam.- Metro

ikat-pokok

Gambar suspek diikat di pokok bersama pakaian yang dicuri.

Komentar

To Top