Ekonomi

Ekonomi Negara Bakal Menyusut Tanpa GST – PM Najib

 

najib-gst

Sejak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan April tahun lepas, Malaysia telah mendapat kutipan kasar sebanyak RM37.67 bilion dengan unjuran kutipan bersih RM27.126 bilion. Dari segi makronya GST merupakan penyelamat kepada kewangan dan ekonomi negara pada keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Bagi setiap US$1 jatuh dari paras yang sebelumnya bererti bahawa kita berkurangan RM300 juta dari segi hasil kerajaan,” katanya dalam mengulas berkenaan harga minyak semasa.

“Inilah keadaan yang kita berdepan dan kalau tiada GST, maka defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus dan bukan lagi 3.1 peratus pada tahun ini,” katanya. – Bernama

Komentar

To Top